‘Maaf saya asli ya’

0
2

PELAKON, Datin Paduka Eina Azman membalas satu komen negatif di laman Instagram (IG) dengan ayat lucu kerana menyamakannya dengan usahawan kontroversi Muhammad Sajjad atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.

Eina atau nama penuh Ainur Syakina Azman, 26, membalas komen tersebut ringkas tetapi ramai pengikutnya tercuit hati dengan ayat yang digunakan.

“Macam Sajat dah tengok,” tulis seorang pengguna.

“Maaf saya asli ya. Ibu kepada dua orang anak,” balas Eina.

Semakan di bahagian komen mendapati rata-rata pengikutnya berasa tidak senang dengan kenyataan tersebut yang menyamakan Eina dengan Nur Sajat.

Malah, mereka berpihak kepada Eina dan berkata komen tersebut adalah biadap.

Eina mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Datuk Paduka Kaiser Gurmit Harden pada 31 Ogos 2014.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef. – Malaysiapost


Artikel berkaitan : https://malaysiapost.com.my/2021/04/05/nadia-brian-sah-dicerai-talak-satu/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here