PKPD Kampung Juara Pulau Tioman dilanjutkan

0
2

TEMPOH Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Juara Pulau Tioman dilanjutkan sehingga 20 April.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan
bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Kampung Juara kerana masih terdapat penularan jangkitan Covid-19 di kalangan penduduk kampung.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 513 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 53 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“KKM mengesahkan masih terdapat penularan jangkitan dalam kalangan penduduk di kampung tersebut dan sebanyak enam (6) kes baharu telah direkodkan pada 4 April 2021.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Kampung Juara, Pulau Tioman, Rompin, Pahang bermula 7 April sehingga 20 April 2021,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here