Nadia Brian sah dicerai talak satu

0
3

BAHTERA perkahwinan pelakon Nadia Brian dan suami telah menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu, kelmarin.

Menurut Kosmo, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 31, perceraian itu dilafazkan di luar mahkamah seperti yang diminta bekas suaminya.

“Alhamdulillah. Semuanya okay je dan ya kami sudah bercerai.

“Apapun kena bertenang. Saya jenis bukan suka kecoh, tapi kalau orang tanya itulah jawapannya. Muizz sudah lafazkan cerai kelmarin tepat pukul 8.34 malam,” katanya.

Nadia bagaimanapun tidak berkongsi lokasi lafaz cerai yang dilakukan Muizz.

Disember lalu, media melaporkan Muizz sudah memfailkan perceraian terhadap Nadia di sebuah mahkamah namun masih belum dibicarakan berikutan penutupan mahkamah ekoran situasi semasa Covid-19.

Terdahulu, pelakon Aku Yang Kau Gelar Isteri itu sebelum ini mengakui rumah tangga yang dibina bersama suaminya pada 9 November 2019, sedang berantakan, namun enggan mengulas lanjut kerana bimbang akan mengeruhkan keadaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here