Malaysia pulang 593 vaksin Pfizer rosak

0
3
vaksin covid pkp

KERAJAAN telah memulangkan semula 593 bebuli vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech selepas ia mengalami kerosakan sebelum dapat digunakan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengesahkan 585 bebuli vaksin ditolak kerana masalah penyimpanan sewaktu penghantaran ke negara ini.

“Bakinya iaitu lapan bebuli pula tidak dapat digunakan kerana masalah penyimpanan suhu dalam negara.

“Secara keseluruhan, 593 bebuli vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech bersamaan 3,558 dos ditolak dan tidak dapat digunakan,” katanya seperti dilapor Kosmo, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Hadir sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Pada 10 Mac lalu, Khairy memberitahu sebanyak 585 bebuli vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech yang diterima Malaysia sebelum ini dipulangkan semula kerana didapati telah rosak.

Katanya, dos vaksin tersebut rosak semasa perjalanan dari kilang di Belgium ke Malaysia. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here