Paderi kentut depan muka pesakit untuk sembuhkan penyakit

0
2

PELBAGAI jenis penyakit dapat disembuhkan dengan hanya kentut di hadapan muka pesakit.

Itulah kaedah rawatan seorang paderi di Afrika Selatan ketika merawat pesakit.

Suara.com melaporkan, Christ Penelope dari Bandar Siyandani, Limpopo berkata, dia bukan sekadar kentut di hadapan pesakit tetapi memberikan mereka kesembuhan.

“Bukan hanya kentut semata-mata, saya sembuhkan mereka,” katanya.

Namun, kaedah rawatan Penelope bagaimanapun mendapat bantahan beberapa paderi lain yang beranggapan perbuatannya mencemarkan nama baik gereja.

Paderi di gereja SevenFold Holy Spirit berkata gereja adalah tempat yang suci dan perbuatan Penelope bertentangan dengan kepercayaan agama mereka.

Meskipun kaedah rawatan itu di luar kebiasaan namun ramai penduduk tempatan yang mempercayainya malah sanggup beratur lama menunggu giliran.

Malah, ada yang sanggup menunggu dua bulan dalam senarai berjumpa Penelope semata-mata mahu mendapatkan rawatan kentut yang disediakannya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here