Vaksin Covid-19: Tarikh janji temu fasa kedua, mula dihantar hari ini

0
2

PENERIMA vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) fasa kedua akan dimaklumkan tarikh janji temu bermula hari ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras PICK, berkata janji temu pemberian vaksin untuk fasa kedua ini akan mula dihantar mulai hari ini melalui aplikasi MySejahtera

Beliau berkata, berdasarkan data diperoleh jumlah pendaftaran penerima fasa kedua adalah seramai 2,344,621 individu.

Menurutnya, daripada jumlah itu golongan warga emas adalah seramai 1,229,855 orang, golongan berisiko seramai 1,741,935 orang manakala orang kurang upaya (OKU) adalah seramai 115,249 individu.

“Dengan adanya pendaftaran untuk fasa kedua kita bersedia untuk memulakan fasa itu pada 19 April ini.

“Negeri yang akan mulakannya adalah Kedah, Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Terengganu, dan Wilayah Persekutuan Labuan dan negeri lain akan mula beberapa hari kemudian,” katanya dalam sidang media perkembangan PICK di Putrajaya hari ini.

Sidang media itu diadakan bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menurutnya, kumpulan penerima fasa kedua itu akan diberi botifikasi sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh janji temu.

“Peringatan juga akan dihantar kepada penerima vaksin tiga hari dan sehari sebelum janji temu melalui SMS dan juga panggilan telefon daripada pusat panggilan

“Kehadiran adalah diwajibkan kerana kita sudah buat perancangan rapi untuk dihantar ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan orang ramai diharap hadir pada janji temu ditetapkan,” katanya.

Khairy berkata, orang ramai akan diberi pilihan hadir atau tidak hadir apabila janji temu diberikan dan mereka perlu me jawabnya.

“Bila jawab hadir maka kita harap mereka betul-betul hadir, kerana kalau tidak vaksin itu akan dibazirkan. Vaksin apabila sudah dikeluarkan daripada peti sejuk tidak boleh dimasukkan balik

“Jika jawab hadir maka ia adalah aku janji untuk hadir sesi vaksinasi mereka,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/04/05/hampir-8-juta-mendaftar-penerimaan-vaksin-covid-19/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here