Isu perkahwinan Illi Najwa selesai

0
3

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary mengesahkan isu perkahwinan Illi Najwa Anuar Hussein Saddique dengan kapten hoki pasukan India, Manpreet Singh Pawar selesai sepenuhnya.

Marzuk berkata, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sudah menyelesaikan kes itu dan menjelaskan suami Illi Najwa sudah memeluk Islam sebelum mereka berkahwin lagi.

“Jadi satu bonus pada kita kerana suami (Illi Najwa) memeluk Islam, tetapi isu memeluk Islam ini bagi warga negara India mungkin sangat sensitif.

“Justeru, kita tidak mahu isu ini ditonjolkan sangat. Apa yang paling penting matlamat sebenar kita dah dapat menyelamatkan akidah dia (Illi Najwa),” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Beliau berkata demikian selepas Program Jelajah Malaysia Prihatin Taklimat Isu Semasa-Pengurusan Pandemik Covid-19 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota di Pengkalan Chepa, hari ini.

Pada Disember lalu, kontroversi timbul apabila Illi Najwa dilaporkan berkahwin dengan kapten hoki pasukan India, Manpreet Singh Pawar, 28, di kampung halaman Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab Disember lalu.

Manpreet mengenakan sut perkahwinan punjabi lengkap dengan serban, sementara Illi Najwa pakaian pengantin Punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2020/12/22/isu-najwa-bersangka-baik-tunggu-siasatan-selesai-nooh-gadot/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here