Laksana PKP ketat seminggu sebelum Aidilfitri – Najib

0
2
lebuhraya jam kereta jalanraya highway pkp

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencadangkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang amat ketat dan singkat jika kebenaran rentas negeri diberikan untuk rakyat menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman. 
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, ia bagi mengelakkan peningkatan mendadak kes jangkitan Covid-19 setiap kali selepas sambutan perayaan besar. 
Menurutnya, PKP yang amat ketat tapi singkat sebelum rentas negeri dibenarkan boleh dilaksanakan, namun ketika kadar kebolehjangkitan berada di bawah 1.0. 
“PKP selama lima hingga tujuh hari pada seminggu sebelum rentas negeri dibenarkan untuk hari raya boleh dilaksanakan bagi menurunkan risiko Covid dibawa ke kampung seluruh negara.
“Jika ada tanda-tanda kes Covid-19 menaik semula selepas cuti hari raya, kita boleh juga buat lock-down lima sehingga tujuh hari lagi.
“Kita buat PKP amat ketat dan pendek untuk elak mengulang apa yang berlaku di negara lain selepas setiap hari perayaan besar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. 
Beliau berkata, tindakan itu juga mampu mengatasi apa yang telah berlaku di Malaysia pada November tahun lalu apabila rentas negeri dibenarkan ketika kes masih melebihi 1,000 kes sehari yang kemudiannya membawa mudarat besar bagi negara pada Januari dan Februari, di mana kes baru sehari melepasi 3,000 hingga 5,000 kes.
Najib berkata, keadaan ketika ini menunjukkan jumlah kes baru Covid-19 masih melebihi 1,000 kes sehari, menyaksikan perancangan kerajaan semasa melaksanakan PKP 2.0 separuh masak untuk sasar kes baru jatuh ke dua angka pada bulan Mei agak sukar untuk dicapai.
“Hanya tinggal enam minggu lagi sebelum Hari Raya Aidilfitri, namun jumlah kes Covid baru setiap hari masih melebihi paras 1,000.
“Jika kadar keberjangkitan (R-nought) lebih dari 1.0 (sekarang 0.95) dan jumlah kes baru masih melebihi 1,000 sehari dalam tempoh seminggu sebelum raya, maka rentas negeri tidak patut dibenarkan.
“Namun, jika kadar keberjangkitan (R-nought) di bawah 1.0, saya cadang kita buat lock-down PKP yang amat ketat tapi singkat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here