Kepimpinan Umno-BN yang bawa kemakmuran negara – Zahid

0
3

Nurul Huda Abhar

KEPEMIMPINAN Umno dan Barisan Nasional (BN) yang membawa kepada kemakmuran negara baik dari segi ekonomi dan pentadbiran, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan seorang pengguna Facebook yang mengecam parti itu menerusi ruangan komen dengan mendakwa selama 60 tahun Umno telah menipu rakyat.

Presiden Umno itu, berkata beliau percayaa individu tersebut menggunakan akauan palsu kerana pemilik akaun sebenar tidak akan meninggalkan komen seumpama itu berikutan sedar sumbangan Umno sejak sekian lama.

“Walaupun ia ‘fake account’ yang berkemungkinan dibuat-buat oleh J-Kom, saya tetap mahu memberi penerangan supaya ia lebih jelas.

“Umno ditubuhkan pada 1946 dan sudah berusia 75 tahun. Pada awal penubuhan parti inilah yang menuntut kemerdekaan.

“Parti ini tidak lain mahu memperjuangkan nasib agama, bangsa dan tanah air. Semua orang memperakui sejarah itu,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Difahamkan, pemilik akaun menggunakan nama, Mohamad Syafiq itu mendakwa selama 60 tahun ini rakyat Malaysia ditipu oleh Umno.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut mempersoalkan adakah benar pemilik akaun itu sudah berusia 60 tahun seperti mana dakwaannya bahawa Umno menipu dalam tempoh itu.

“Saya rasa pemilik ‘fake account’ itulah yang menipu. Maklumlah dibayar gaji bulanan mestilah menurut kehendak tuan walaupun terpaksa menipu.

“Rakyat Malaysia melihat dan menilai. Kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) jugalah yang membawa kepada kemakmuran negara. Negara ini gemilang baik dari segi ekonomi dan pentadbirannya.

“Ia berlaku di zaman kepimpinan Umno. Adakah di zaman Umno memimpin tiada lebuh raya, jalan raya, bangunan pencakar langit dan pengangguran tinggi? Pada zaman itu kita nikmati kemakmuran bersama,” ujarnya.

Tambah beliau, kenyataan menipu itu sepatutnya ditujukan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang hanya memerintah 22 bulan dalam Pakatan Harapan dan pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun semasa dalam BN.

“Sebab angkara 22 itulah negara sekarang dibelenggu masalah ekonomi, FDI jatuh teruk, rakyat sukar cari makan dan begitu ramai hilang kerja.

“Apa-apapun saya berdoa supaya Allah SWT memulihkan segera keadaa negara dan moga kita dapat hidup tenang seperti sediakala,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here