Penampilan khas Permaisuri Selangor baca berita di RTM

0
2

TENGKU Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman mencemar duli membuat kemunculan istimewa di slot Berita Perdana Khas pukul 8 malam di saluran TV1, RTM, semalam.

Kemunculan baginda sempena sambutan ulang tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke-75.

Slot berita kira-kira 15 minit itu menampilkan baginda menyampaikan berita berkaitan isu semasa negara.

Penerbit Berita Perdana Khas Khairul Azli Rahim berkata, beliau berasa sangat berbesar hati dan teruja kerana Tengku Permaisuri Selangor berkenan untuk menyampaikan berita yang disunting olehnya.

“Ini kemunculan kali pertama baginda di kaca tv selepas ditabalkan menjadikan Permaisuri Selangor selepas lima tahun lalu.

“Saya mewakili pihak produksi dan kru penerbitan berita RTM mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian baginda meluangkan masa untuk menyampaikan berita kami hari ini,” katanya semalam.

Rata-rata penonton saluran TV1 terkejut dengan penampilan khas Tengku Permaisuri Selangor itu dan mengakui ia telah mengubat kerinduan untuk melihat baginda membaca berita.

Tengku Permaisuri Norashikin melangsungkan majlis pernikahan bersama Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 31 Ogos 2016 di Masjid Diraja Istana Alam Shah Klang.

Di akhir slot khas itu, baginda memberitahu telah menabur bakti selama dua dekad di bawah RTM dan mengucapkan selamat ulang tahun buat semua warga kerja stesen televisyen itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here