RM449,300 diperuntukkan untuk rakyat Marang – Hadi

0
2

SEBANYAK RM449,300 diperuntukkan oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi kebajikan, pembangunan, golongan belia dan wanita di daerah berkenaan.

Beliau berkata, peruntukan itu untuk aktiviti dan program yang dijalankan di daerahnya bagi empat kumpulan bersasar tersebut.

Katanya, jumlah berkenaan dibahagikan, pertama, kebajikan rakyat Marang yang menjadi keutamaan dengan jumlah RM236,700 diagihkan bagi membantu golongan yang ditimpa bencana seperti wabak Covid-19, banjir musim tengkujuh dan mangsa kebakaran serta sumbangan kepada persatuan-persatuan yang mengadakan program kebajikan.

“Seterusnya, sejumlah RM182,000 juga digunakan untuk pembangunan di sekitar daerah Marang dengan menambah baik fasiliti dan baik pulih infrastruktur serta pembinaan rumah PPRT.

“Manakala, RM44,300 diagihkan kepada golongan belia terutamanya kepada mahasiswa yang kekurangan sumber serta kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

“Golongan wanita tidak dilupakan dengan sejumlah RM37,000 diagihkan kepada golongan ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here