Annuar Musa mahu wujud MN 2.0

0
1

BEKAS Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menyuarakan mahu mewujudkan Muafakat Nasional (MN) 2.0.

“Saya akan mencadangkan agar kata mulakan MN 2.O. Perikatan Nasional, BN, GPS GRS boleh menyertai gerakan ini.

“Pas boleh mengurusetiakan MN2.0. Jadikan ia wadah terbuka untuk semua menyertainya berpaksikan penyatuan pemikiran pemimpin Melayu yang sealiran.kami bersedia mendokongnya,” katanya di Twitternya hari ini.

Semalam, beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh meluahkan rasa pilu melihat PAS dan Bersatu memperbaharui iltizam mengikat kerjasama ke arah
Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), namun Umno pula isytihar perpecahan demi perpecahan.

Annuar dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 telah menjadi bahan kritikan sebahagian pimpinan dan perwakilan parti kerana didakwa tidak menyokong usaha tidak bekerjasama dengan Bersatu menghadapi PRU-15.

Malah, ada juga yang menghina beliau melalui poster tertulis ‘Annuar Musa pengkhianat Umno’ didakwa diedarkan ketika PAU sedang berlangsung. -Malaysiapost

Artikel berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here