Bersatu mahu wujud sayap baharu bukan Bumiputra

0
2

PRESIDEN Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu akan mewujudkan sayap baharu supaya ahli bersekutu dari golongan bukan Melayu dapat memegang jawatan.

Beliau berkata, usul itu sudah dikemukakan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti dan jika diterima, satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk meminda perlembagaan akan diadakan supaya sayap berkenaan dapat dibentuk.

Dalam ucapannya di Kongres Nasional 2020, kata Muhyiddin, beliau secara peribadi sudah mengemukakan usul itu dan menugaskan sebuah jawatankuasa untuk menelitinya.

Jawatankuasa itu diketuai Senator Tan Sri Rais Yatim.

“Dalam mesyuarat MPT Bersatu lalu, saya bawa usul untuk bolehkan ahli bersekutu (bukan Melayu) menyumbang idea bukan setakat ahli biasa, tetapi berperanan memberi idea dan terlibat dalam kepimpinan. Bentuk ‘chapter’ baru dalam parti.

“Kita akan bersama-sama dalam satu saf, kerana cabaran di hadapan kita agak besar,” katanya.

Kredit Foto: FB Zuraida Kamaruddin