PENCERAMAH bebas, Ustaz Abu Syafiq mendedahkan tidak menyangka menerima mesej di laman Instagram (IG) yang dihantar selebriti popular Neelofa yang didakwa ingin memfitnahnya.
Menurutnya, beliau tidak membalas hantaran tersebut pada awalnya disebabkan terlampau sedih membaca isi kandungan mesej yang diterima itu
“Tak sangka Neelofa seorang artis yang baik menulis macam tu pasal saya. Lebih sedih hati saya kerana dia paparkan kepada umum.
“Saya hanya balas tulisan beliau terhadap diri saya tersebut dengan mendoakan kebaikan buat dirinya di akhirat dan dunia serta nasihat,” katanya dalam satu hantaran, hari ini.
Abu Syafiq berkata, selepas pelakon dan pengacara itu memfitnahnya dalam mesej tersebut, beliau membalas dengan ungkapan Arab.
“Kama Tadiinu Tudaan (apa yang dilakukan akan berbalik semula),” ujarnya.

Menurut Abu Syafiq, beliau tidak pernah mengikuti IG Neelofa sebelum selebriti itu memaparkan berkaitan dirinya.
“Saya tak pernah ikut IG beliau pun dan sebelum dia mesej dan paparkan pasal saya, saya tak tahu pun dia ada IG kerana saya jarang ikut semua artis kecuali selepas dia mesej saya baru saya perasan. Dah lama baru saya balas.
“Jika tak percaya hal ini tanyalah Neelofa sendiri. Cuma saya nak ingatkan dia sekali lagi kata-kata ini ‘Kama Tadiinu Tudaan’,” ujar beliau.
Abu Syafiq sebelum ini juga mempunyai pergeseran dengan bekas Ketua Exco Agama Pemuda PKR Wan Ji Wan Hussin dan bekas wartawan ‘ibu Yati’. – Malaysiapost

