Nilam Oshman
KES baharu Covid-19 hari ini, mencatatkan peningkatan kepada 1,482 kes berbanding 1,133 kes semalam.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), daripada keseluruhan kes hari ini, cuma dua kes import dan selebihnya penularan tempatan, menjadikan keseluruhan kes kini sebanyak 345,500.
Jumlah kes aktif di Malaysia kini 14,604 di sebalik 1,070 kes sembuh baharu.
Bagi pecahan kes baharu setiap negeri hari ini, Selangor masih mengekalkan kes tertinggi (661), diikuti Pulau Pinang (200), Sarawak (176), Johor (86), Sabah (69) dan Kelantan (57).
Ia disusuli Melaka (41), Kedah (37), Pahang (36), Perak (31), Labuan (8), Putrajaya (3), Terengganu (2), dan satu kes di Perlis.
Sebanyak tujuh lagi kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkatkan 1,272. – Malaysiapost

