Guan Eng persoal kerajaan bayar Singapura RM320 juta

0
2

TINDAKAN kerajaan membayar pampasan RM320 juta kepada Singapura kerana membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dipersoalkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Ahli Parlimen Bagan itu menyifatkan kerajaan terlalu berpolitik dan tidak lagi menjalankan urus tadbir negara demi kepentingan rakyat.

“Apakah kerajaan PN masih berminat menjalankan pentadbiran untuk kepentingan rakyat atau terlibat dalam ‘perang saudara’ untuk survival politik?” soalnya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Guan Eng turut mempersoalkan rancangan alternatif untuk projek HSR berakhir di Johor Bahru itu dan apakah ia mempunyai kedudukan kewangan yang mampan.

“Ini tidak dapat dilaksanakan kerana menimbulkan persoalan mengenai kedudukan kewangan projek dan kesan ekonomi positif negara ini jika HSR tidak berhenti di Singapura.

“Tidak dinafikan bahawa Johor akan menjadi yang paling rugi dari projek HSR dibatalkan.

“Buat masa ini, rakyat Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor masih menunggu kemajuan dalam projek alternatif itu,” katanya.

Penamatan projek HSR diumumkan pada 1 Januari lalu setelah perjanjian dua hala berakhir.

Malaysia ingin membuat perubahan pada landasan kereta api, tetapi Singapura tidak setuju dengan rancangan itu, yang akhirnya membawa kepada penamatan perjanjian antara kedua negara bagi projek berkenaan. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/29/hsr-malaysia-bayar-pampasan-rm320-juta-kepada-singapura/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here