Muhyiddin pengerusikan mesyuarat Kabinet

0
2

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi tadi mempengerusikan Mesyuarat Kabinet mingguan di Putrajaya.

Turut kelihatan dalam mesyuarat itu adalah menteri-menteri daripada Barisan Nasional (BN).

Mesyuarat itu diadakan ketika hangat perdebatan sama ada menteri serta timbalan menteri daripada Umno wajar meletakkan jawatan atau sebaliknya.

Ia susulan keputusan Perhimpunan Agung Umno hujung minggu lalu yang memutuskan Umno tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke-15, selain menteri dan timbalan menteri dari parti itu perlu meletak jawatan apabila tiba masanya.

Pada masa sama, beberapa pemimpin dalam Umno termasuk Tengku Razaleigh Hamzah menyarankan agar semua menteri dan timbalan menteri serta pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) meletak jawatan serta-merta.

Bagaimanapun Muhyiddin hari ini teleh mengeluarkan kenyataan memaklumkan setakat ini beberapa menteri daripada Umno masih kekal dalam Kabinet kerajaan di bawah pimpinannya.

Ia berikutan pada masa ini tumpuan utama kerajaan adalah untuk memerangi Covid-19, melaksanakan program imunisasi kebangsaan dan memulihkan ekonomi.

“Beberapa orang menteri dari Umno memegang portfolio-portfolio penting yang berkaitan dengan fokus utama kerajaan pada masa ini.

“Justeru, saya tidak mahu peletakan jawatan mereka dari Kabinet menjejaskan segala perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan.

Muhyiddin berkata, atas nasihat beliau kesepakatan telah dicapai bahawa semua menteri Umno akan terus berada di Kabinet. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here