Bila masa kerajaan tidak iktiraf suara pembangkang? – Puad

0
2
KUALA LUMPUR 09 June 2015. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi di Sidang Media menegnai isu 1MDB di Menara MARA. NSTP/Salhani Ibrahim

Nurul Huda Abhar

AHLI Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan tindakan Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun dan beberapa menteri menarik diri daripada forum anjuran International Strategy Institute yang turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Menerusi kenyataan di laman Facebook, beliau berkata adakah menteri tersebut diarahkan untuk boikot kerana Najib dan beberapa pemimpin pembangkang hadir dalam forum itu.

“Bila masa kerajaan tidak mengiktiraf suara pembangkang di Malaysia?

“Patutlah demokrasi dikatakan mati di Malaysia. Sudahlah Parlimen digantung, titah Yang di-Pertuan Agong, Parlimen boleh bersidang semasa darurat langsung tiada tindakan.

“Masa PPBM (Bersatu) dalam Pakatahan Harapan (PH) mereka menganjurkan “Kongres Maruah Melayu” pada 6 Oktober 2019. Umno berlapang dada menghadirinya. Tiada boikot walaupun Umno tahu ia bermotif politik dan Hamzah Zainuddin di belakangnya,” katanya dalam hantaran itu hari ini.

Mohd Puad berkata, telahan Umno berkenaan kongres itu hanyalah retorik politik adalah tepat malah penjualan aset Lembaga Tabung Haji, FELDA dan Khazanah Nasional Bhd berleluasa.

Sementara itu, katanya forum demokrasi berparlimen yang diadakan semalam adalah anjuran pihak ketiga yang non partisan (tidak berpihak mana-mana parti politik).

“Apakah mereka tiada kebebasan untuk menjemput sesiapa asalkan bukan terroris (pengganas). Maka teladan apa yang mahu ditunjukkan oleh kerajaan PN di kaca mata antarabangsa? Belang kerajaan PN semakin terdedah.

“Tindakan memboikot forum demokrasi anjuran pihak ketiga yang non partisan adalah kemenangan demokrasi kepada rakyat dan secara tidak langsung kepada Najib,” kata beliau. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here