Pemimpin Umno jangan sombong, syok sendiri – MIC Sg.Siput

0
3

NAIB Presiden MIC Datuk Sivarraajh Chandran mengingatkan pemimpin Umno supaya tidak bersikap sombong terhadap rakat sekutu dalam Barisan Nasional.

Dalam kenyataannya hari ini, Sivarraajh berkata demikian sebagai membidas kenyataan Ketua Puteri Umno Sungai Siput, Norazura Abdul Karim yang mahu kerusi Parlimen Sungai Siput diberikan kepada calon Umno pada Pilihan Raya Umum AKan datang.

“Saya terbaca kenyataan Ketua Puteri Umno Sungai Siput yang meminta agar Parlimen Sungai Siput diserahkan kepada Umno kerana calon-calon MIC sebelum ini kalah untuk tiga kali berturut-turut. 

“Pertama saya ingin mengingatkan kepada kepimpinan tertinggi UMNO supaya berhenti menggunakan taktik ‘baling batu, sembunyi tangan’ seperti ini. 

“Jika kamu tidak berpuas hati dengan MIC, anda boleh cakap terus terang dengan kami. Tidak perlu hantar wakil bercakap tentang perkara-perkara yang melibatkan hal ehwal Majlis Tertinggi Barisan Nasional, lebih-lebih lagi soal Parlimen Sungai Siput yang merupakan kerusi tradisi Presiden MIC,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Apa yang dikesalkan, menurut Sivarraajh, setiap kali mesyuarat Majlis Tertinggi BN perkara itu tidak pernah dibangkitkan, malah mesyuarat berlangsung dalam keadaan harmoni. 

Malah beliau juga menasihati Umno supaya tidak terlalu ego dan sombong terhadap rakan dalam BN yang telah menjadi amalan sebelum merdeka lagi. 

“Jangan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional diam seribu bahasa, tapi diluar hantar orang buat kerja-kerja yang memalukan sebegini. 

“Berhenti dulu perangai hendak meminta semua kerusi untuk dibertanding seolah-olah kamu boleh menang semua tempat. Kepimpinan tertinggi Umno perlu belajar hormat rakan-rakan komponen. 

“MIC dan MCA setia bersama Umno dalam Barisan Nasional sejak penubuhan lagi. MIC mahupun MCA tidak pernah lari daripada Umno atau Barisan Nasional sewaktu susah. 

“Susah atau senang, MIC dan MCA tetap bersama Barisan Nasional. Apa yang pimpinan Umno ini susah sangat faham soal hormat-menghormati antara rakan-rakan komponen?” katanya. 

Justeru, Sivarraajh mengingatkan Umno bahawa kesabaran dan kesetiaan MIC ada batasnya. 

“Belajar hormat dulu Perlembangaan Barisan Nasional. Belajar hormat dulu prinsip hormat-menghormati antara rakan komponen yang terkandung dalam Perlembagaan Barisan Nasional. 

“Jangan anggap MIC atau MCA hanya sekadar menjadi “pak turut”. Kesetiaan kami pun ada hadnya. 

“Seperti mana yang kamu berhak untuk mengambil keputusan demi parti kamu, kami juga berhak untuk mengambil keputusan demi parti kami. Tidak semestinya kedua – dua keputusan itu sama. Hormat rakan komponen terlebih dahulu, jika kamu mahu rakan komponen menghormati kamu,” katanya. 

Terdahulu, Ketua Puteri Umno Bahagian Sungai Siput, Norazura Abdul Karim mendasak kerusi tradisi MIC itu diserahkan kepada Umno dengan alasan sudah tiga penggal Pilihan Raya Umum (PRU), kerusi tersebut gagal dimenangi oleh MIC.

“Tidak perlu bermain dengan kuota kerana selama tiga penggal, kuota ini tidak mampu mengembalikan Sungai Siput kepada BN.

“Seharusnya kerusi Sungai Siput diberi kepada parti yang mampu memenanginya semula,” katanya lagi.

Untuk rekod, Samy Vellu yang juga bekas Presiden MIC ialah penyandang kerusi Parlimen Sungai Siput selama lebih tiga dekad sejak 1974, sebelum kalah kepada Dr Michael Jeyakumar Devaraj dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan 1,821 undi pada 2008.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here