Jangan berkasar kepada rakan kita – Hadi

0
2

PAS membawa agenda perpaduan ummah kerana negara kini sedang berdepan masalah perpecahan umat Islam, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ahli Parlimen Marang itu berkata ummah yang dimaksudkan ialah umat Islam dan juga kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem.

“Inilah agenda perpaduan kita. Maka jangan kita berkasar terhadap rakan kita. Sebaliknya kita mesti menjalinkan hubungan bersaudara dan berukhuwah sesama kita.

“Jangan pula kita menjadi sebab berlakunya perpecahan. Bersabar dan jadilah pendamai,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya semalam.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan pelbagai pihak berkaitan situasi politik semasa yang sedang berlaku di dalam negara ketika ini.

Abdul Hadi memaklumkan perkara itu turut ditanya kepadanya semasa sesi libat urus bersama Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan, kelmarin.

Dipercayai beliau menjawab demikian susulan keputusan Perhimpunan Agung Umno untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here