Kluster baharu rentas negeri di T’ganu, ini peringatan Dr Noor Hisham

0
2

BERIKUTAN pertambahan satu kluster baharu melibatkan majlis pertunangan dan rentas negeri di Terengganu, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menitipkan pesanan kepada orang ramai buat ke sekian kalinya.

Ketua Pengarah Kesihatan itu mengingatkan orang ramai agar tidak masuk ke dalam kawasan wabak, begitu juga sebaliknya.

“Peringatan jika kamu di kawasan wabak janganlah kamu keluar darinya dan jika kamu di luar kawasan wabak jangan kamu masuk ke kawasan wabak,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi.

Beliau turut berharap usaha mengawal dan membendung penularan Covid-19 akan terus dipermudahkan.

Menerusi hantaran tersebut, Dr Noor Hisham berkongsi status Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus bahawa majlis pertunangan dan aktiviti rentas negeri menjadi pencetus kepada kes ‘Import B’ di negeri itu.

Dr Nor Azimi  Yunus berkata, walaupun Terengganu melaporkan empat kes hari ini, namun tiga daripadanya adalah kes Import B.

“Import B bermaksud jangkitan adalah dari negeri lain. Jika tidak dikawal cepat, boleh menular ke dalam komuniti.

“Nak jadi cerita ada tiga individu balik kampung dari Selangor. Hadir majlis pertunangan adik di satu daerah. Saringan Covid-19 dibuat dan disahkan positif.

“Mereka tidak bergejala. Tapi kena ingat hampir 70 peratus kes positif di Terengganu tiada gejala. Setakat ini empat orang disahkan positif,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here