Nilam Oshman
SERAMAI 44 individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kesemua mereka dikenakan kompaun.
“Tiada penjarakan fizikal (39), gagal menyediakan peralatan/ merekod butiran pelanggan (3), dan rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (1) dan tidak memakai pelitup muka (1),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, beliau berkata, Ops Benteng semalam berjaya menahan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI), dan merampas sebuah kenderaan darat serta bot/kapal.
Dalam operasi itu, katanya pihak berkuasa turut mengesan 98 buah bot/kapal di perairan negara melalui enam aktiviti penglihatan.
“Seramai lima orang PATI turut diusir melalui dua aktiviti pengusiran,” katanya.- Malaysiapost

