MALAYSIA mencatatkan 941 kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini, menjadikan keseluruhan kes kini sebanyak 342,885.
Jumlah yang dicatat hari ini adalah terendah sepanjang 2021 dan pertama kali kes harian berada di bawah angka 1,000.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes yang rendah hari ini banyak disumbang menerusi penurunan kes di Selangor yang hanya mencatatkan 219 kes, diikuti Sarawak (192), Johor (171), Pulau Pinang (164) dan Kuala Lumpur (57).
Kelantan mencatat 49 kes diikuti Sabah (34), Negeri Sembilan (18), Kedah (13), Melaka (8), Perak dan Pahang masing-masing lima kes, Terengganu (4), serta Labuan dan Putrajaya masing-masing satu kes. -Malaysiapost

