Wanita Umno akur dengan keputusan PAU2020

0
2

Nurul Huda Abhar

PERGERAKAN Wanita Umno akur dengan segala keputusan yang dibuat di dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) semalam.

Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, sebagai ahli parti Wanita Umno akur dengan keputusan untuk tidak bersama DAP, PKR dan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), seterusnya Umno kekal bertanding atas logo Barisan Nasional (BN).

“Wanita Umno sekali lagi ingin menegaskan akan terus memberi kepercayaan kepada Presiden dan Ahli MKT dalam meneliti, mengkaji dan membuat keputusan politik yang terbaik demi memastikan Umno kembali menjadi pilihan rakyat dan pengundi.

“Wanita Umno percaya apa pun keputusan, ia untuk memastikan kepentingan dan kedudukan parti kerana Umno adalah sebuah pertubuhan yang bukan sahaja memperjuang orang Melayu, Islam dan Raja-raja tetapi menyatukan semua bangsa.

“Sebagai tulang belakang parti, Wanita Umno akan sentiasa memberikan seluruh komitmen terhadap perjuangan tanpa belah bagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam menegaskan Umno akan bertanding secara sendirian pada PRU15 akan datang.

Menurutnya, parti itu akan kekal dengan pendirian yang dibuat selaras keputusan MKT iaitu untuk tidak mengadakan kerjasama dengan Bersatu, PKR dan DAP dalam PRU15.

Tegasnya, tidak ada perbincangan yang dibuat dengan mana-mana parti tersebut dan Umno akan tetap bertanding atas tiket BN – Malaysiapost


Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/03/28/umno-kekal-pendirian-no-bersatu-no-anwar-no-dap/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here