DATUK Seri Najib Razak mempersoalkan mengapa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak diundang menghadiri Sidang Puncak Pemimpin mengenai Iklim yang akan diadakan secara maya bulan depan.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata melawan perubahan iklim dan pencemaran adalah antara janji dan agenda utama Joe Biden ketika beliau berkempen untuk menjadi presiden Amerika Syarikat.
Sebab itu, kata Najib, berita Biden mengundang 40 pemimpin dunia, termasuk untuk menghadiri Sidang Puncak Pemimpin mengenai Iklim bulan depan menjadi berita besar dunia.
Ia akan diadakan secara maya pada 22 dan 23 April.
“Pesaing Presiden Biden termasuk Vladimir Putin dari Rusia dan Xi Jinping dari China adalah antara yang diundang ke rundingan iklim besar-besaran pertama pentadbirannya.
“Turut diundang Presiden Indonesia Jokowi, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina dan Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc.
“Turut diundang Perdana Menteri India Narendra Modi, Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga dan Jacinda Ardern, Perdana Menteri New Zealand,” katanya.
Najib turut memberikan senarai penuh 40 pemimpin yang diundang seperti berikut:
1. Antigua and Barbuda
2. Argentina
3. Australia
4. Bangladesh
5. Bhutan
6. Brazil
7. Canada
8. Chile
9. China
10. Colombia
11. Republic of the Congo
12. Denmark
13. European Commission
14. European Council
15. France
16. Gabon
17. Germany
18. India
19. Indonesia
20. Israel
21. Italy
22. Jamaica
23. Japan
24. Kenya
25. Republic of the Marshall Islands
26. Mexico
27. New Zealand
28. Nigeria
29. Norway
30. Poland
31. Republic of Korea
32. The Russian Federation
33. Kingdom of Saudi Arabia
34. Singapore
35. South Africa
36. Spain
37. Turkey
38. United Arab Emirates
39. United Kingdom
40. Vietnam
“Jadi, mengapa pula Malaysia tidak diundang jika ia adalah melalui kaedah persidangan online? Line internet Malaysia tak stabil ke?
“Atau Malaysia sedang dilihat sebagai sedang ketinggalan dalam usaha melawan perubahan iklim dan pencemaran,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
Menurut Rumah Putih, Sidang Puncak Pemimpin mengenai Iklim akan menekankan kepentingan segera – dan faedah ekonomi – tindakan iklim yang lebih kukuh.
Ia akan menjadi tonggak utama dalam perjalanan menuju Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP26) November ini di Glasgow. – Malaysiapost

