Parlimen Gombak Wilayah Keadilan – Anwar

0
2

PARLIMEN Gombak ini wilayah Keadilan, jesteru wajar kita pertahankan, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang menegaskan pengkhianat yang telah menodai mandat rakyat di Parlimen tersebut harus ditolak.

Beliau berkata demikian menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini, selepas menghadiri Program Bicara Presiden bersama anggota PKR Cabang Gombak tengah hari tadi.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Anwar turut menyatakan rasa kagum dengan semangat anggota cabang Gombak yang komited dan setia bersama PKR.

Kerusi Parlimen Gombak kini disandang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang memenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) atas tiket Pakatan Harapan (PH).

Mohamed Azmin yang juga bekas Timbalan Presiden PKR keluar parti pada tahun lalu bersama beberapa lagi wakil rakyat dari PKR untuk menyokong pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN).-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here