Guru campak murid tadika dibebaskan dengan jaminan polis

0
2

POLIS telah mengambil keterangan daripada seorang guru wanita yang tular selepas mencampak muridnya dalam kejadian di sebuah tadika semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata pihaknya merakamkan keterangan wanita berusia 22 tahun itu semalam bagi melengkapkan siasatan selepas laporan dibuat oleh ibu kanak-kanak tersebut.

“Siasatan turut mendapati wanita itu merupakan guru tetap dan bukan praktikal.

“Dia telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam,” katanya seperti dilapor Kosmo Online.

Terdahulu, tular tindakan seorang guru mencampak seorang kanak-kanak di sebuah tadika semalam.

Menerusi video berdurasi 10 saat itu jelas memaparkan kanak-kanak berseragam tadika itu terlebih dahulu ditolak sebelum dilempar dan dimarahi guru wanita itu.

Insiden itu turut diperhatikan murid-murid taska tersebut yang seakan terkejut dengan perbuatan tersebut. – Malaysiapost

.
Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/03/27/campak-murid-tadika-kpwkm-gesa-tindakan-tegas/

Malaysiapost (https://malaysiapost.com.my/2021/03/27/campak-murid-tadika-kpwkm-gesa-tindakan-tegas/)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here