Tirai PAU 2020 dibuka, perwakilan diminta patuhi SOP

0
3

PERHIMPUNAN Agung Umno (PAU) 2020 yang berlangsung selama dua hari bermula pagi ini.

PAU berlangsung pada jam 8.35 pagi tadi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Perhimpunan Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno hari ini dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Seterusnya, ketiga-tiga sayap Umno akan melaksanakn persidangannya secara berasingan dengan Wanita di Dewan Tun Dr Ismail, Pemuda di Dewan Tun Hussein Onn sementara Puteri di Dewan Merdeka.

PAU merupakan perhimpunan penting buat Umno dalam menentukan hala tujunya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) termasuklah untuk mendapatkan keputusan sebulat suara perwakilan terhadap ketetapan yang diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti iaitu untuk tidak lagi bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam PRU15.

Selain itu, isu mengenai pendirian Umno terhadap Muafakat Nasional (MN) yang dibentuk bersama Pas turut akan diberikan tumpuan.

PAU 2020 diadakan pada tahun ini selepas setahun ditangguhkan susulan wabak Covid-19.

Ia buat kali pertama diadakan secara kombinasi iaitu bersemuka dan maya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here