SATU kluster baharu dikenal pasti hari ini melibatkan pekerja sebuah pusat rekreasi di Iskandar Puteri, Johor Bahru iaitu Kluster Taman Brick.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks bagi kluster tersebut dilaporkan positif Covid-19 pada 20 Mac hasil saringan individu bergejala.
“Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pusat rekreasi yang terletak di Iskandar Puteri, Johor Bahru.
“Sehingga 26 Mac 2021, sejumlah 241 individu telah disaring, di mana 24 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini sebnayak 61 kluster
Katanya, kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Persiaran Freesia (50 kes) dan Kluster Persiaran Cassia Selatan (33 kes).
“Kementerian Kesihatan (KKM) juga ingin memaklumkan terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan 11 kluster tempat kerja dan dua kluster komuniti,” katanya.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti berikut :
- Taman Brick Johor Tempat Kerja
- Jalan Gemilang Sukan Johor Tempat Kerja
- Jalan Sungai Chat Johor Tempat Kerja
- Tapak Bina Sungai Emas Selangor Tempat Kerja
- Tapak Bina Jalan Atmosphere Selangor Tempat Kerja
- Persiaran Cassia Selatan Pulau Pinang Tempat Kerja
- Lebuhraya Kampung Jawa Pulau Pinang Tempat Kerja
- Sawit Sebrang Sabah Tempat Kerja
- Kolam Lintas Sabah Tempat Kerja
- Paya Bemban Kelantan Tempat Kerja
- Lorong Desa Senadin Sarawak Tempat Kerja
- Batu Gong Sarawak Komuniti
- Pengkalan Nangka Tumpat Kelantan Komuniti

