Covid-19: Trend membimbangkan, tunjuk peningkatan

0
3
covid pkp

Hasrat untuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan orang ramai merentasi negeri untuk pulang berhari raya mungkin terkubur jika perkembangan terkini terus meningkat.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberi amaran lengkung jangkitan Covid-19 menunjukkan peningkatan.

“Kita perlukan sifat tanggungjawab sosial dan pematuhan menyeluruh untuk ratakan lengkung lagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, trend penurunan nilai kebolehjangkitan (RT) atau R-naught (R0) mencecah 1.00 semalam, yang sebelum ini berada sekitar 0.87 sejak awal bulan Mac.

Menurutnya, kali terakhir R0 mencecah 1.0 ke atas adalah pada 4 Feb, iaitu 1.09.

R-naught 1.0 menunjukkan bahawa wabak itu tidak meningkat atau menyusut, dan ini bermaksud kes mula menurun.

Menerusi model yang ditunjukkan Dr Noor Hisham, lengkung graf akan manjadi landai dengan jumlah kes harian kurang dari 1,000 bermula pada pertengahan April jika R-naught cecah 0.8 kerana pematuhan SOP.

Bagaimanapun, jika R-naught meningkat sehingga 1.2, jumlah harian kes Covid-19 boleh mencecah 2,000 sehari.

Jumlah kes harian juga telah menurun sehingga 1,063 pada 16 Mac.

Susulan itu, dalam sembilan hari terakhir, rata-rata kes harian sekitar 1,348 – dengan paling tinggi 1,671 kes pada 20 Mac. -MalaysiaPost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here