Umno jangan ‘gedebe’ dengan PAS – Annuar Musa

0
2

TINDAKAN meminta PAS membuat keputusan jelas dan segera sama ada bersama Umno atau Bersatu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), dilihat sebagai permintaan tidak wajar.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, berpendapat perbuatan memberi ultimatum (kata dua) secara terbuka kepada rakan dalam Muafakat Nasional (MN) itu sangat tidak manis.

“Bukanlah ada Jawatankuasa Perunding MN? Kita bersusah payah mendekatkan Umno dan PAS dengan hemah dan kebijaksanaan.

“Usah kita runtuhkan semangat itu dengan cara yang ‘gedebe’… kita ikat persaudaraan dengan tali Allah..,” katanya dalam satu ciapan di Twitternya malam tadi.

Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan, Akbar Salim semalam yang memaklumkan Umno Kelantan melalui Mesyuarat Ahli Badan Perhubungan Umno negeri kelmarin, membuat beberapa ketetapan termasuk meminta PAS membuat keputusan jelas dan segera sama ada bersama Umno atau Bersatu dalam PRU15.

Akbar berkata, mesyuarat berkenaan dihadiri 12 daripada 13 Bahagian selepas Bahagian Tanah Merah digantung.

Beliau turut memaklumkan mesyuarat itu memutuskan pendirian Umno Ketereh adalah kes terpencil kerana tidak melalui Badan Perhubungan Umno Kelantan sebaliknya dihantar terus kepada Presiden Parti. – Malaysiapost

.
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/03/24/umno-kelantan-minta-pas-tetapkan-pendirian/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here