Bekas Timbalan Pendakwa Raya diburu

0
1

SEORANG bekas Timbalan Pendakwa Raya diburu selepas disyaki terlibat dalam sindiket berkaitan pengubahan wang haram serta jenayah komersial yang melibatkan Pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek dikenali sebagai Md Azar Izwan Mohd Arifin @ Datuk A Janus, 42, dengan alamat terakhir di sebuah apartmen di Puchong, Selangor.

“Suspek ini merupakan seorang bekas Timbalan Pendakwa Raya dan sudah tamat
perkhidmatan.

“Suspek merupakan salah seorang yang memainkan peranan penting dalam sindiket yang melibatkan Datuk Seri Nicky,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sambutan Hari Polis ke- 214 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Jelas Ayob Khan, suspek dicari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 130 V hingga 130 ZB, Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang.

Katanya, setakat ini, 92 individu telah ditahan dalam beberapa siri serbuan di Puchong berhubung kes terbabit.

Daripada jumlah itu, 40 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA), manakala bakinya dibebaskan selepas disiasat.

Media sebelum ini melaporkan polis sedang mengesan seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk Seri yang dikehendaki kerana disyaki terbabit dalam sindiket berkaitan pengubahan wang haram serta jenayah komersial.

Pengasas Winner Dynasty Group itu dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 130 V hingga 130 ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang. – Malaysiapost

.
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/03/24/datuk-seri-belum-ditangkap-lagi-ayob-khan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here