Zeti letak jawatan atau cuti tanpa gaji – Puad

0
2

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mencadangkan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz supaya meletakkan jawatan atau mengambil cuti tanpa gaji sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Beliau berkata, ia susulan peguambela Datuk Seri Najib Razak telah menyerahkan affidavit di mahkamah, bagi memohon kerajaan dan pendakwa raya memberi maklumat mengenai Zeti dan ahli keluarganya menerima sejumlah wang dari ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low berkaitan kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Affidavit itu juga menuntut penjelasan kenapa maklumat keluarga Zeti itu disembunyikan dari pengetahuan peguambela Najib semasa perbicaraan.

“Maklumat ini terbongkar bila suami dan dua anak Zeti didakwa di Singapura kerana jenayah AMLA.

“Dalam afidavit tersebut disertakan juga surat pengesahan daripada peguam keluarga Zeti yang menjadi saksi bila keluarga Zeti tanda tangani akuan bersumpah itu,” katanya menerusi Facebook.

Puad berkata, Zeti wajar mengambil cuti tanpa gaji kerana kontroversi yang melanda keluarganya itu serta di bawah pengurusan beliau, dividen ASB PNB turut menjadi rendah.

Sehubungan itu, katanya, Zeti sepatutnya dari awal lagi meletak jawatan, agar dilihat mempunyai integriti dan maruah diri. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/11/siasatan-kes-1mdb-zeti-patut-letak-jawatan-pengerusi-pnb-puad/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here