PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sah akan hadir pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020, Ahad ini.
Perkara itu disahkan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sambil memaklumkan beliau juga akan hadir ke persidangan tersebut.
“Presiden PAS dan saya telah menerima jemputan untuk menghadiri Persidangan Agung UMNO pada 28hb ini.
“Insya-Allah, akan hadir. Semoga penyatuan ummah yang menjadi teras Muafakat Nasional akan terus diperkukuhkan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.
Semalam, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Abdul Hadi dan Tuan Ibrahim telah dijemput ke PAU 2020 melalui surat pada 3 Mac lalu.
“Presiden dan Timbalan Presiden parti-parti komponen BN serta Presiden Friends of BN juga sudah dijemput,” kata Ahmad. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/03/24/pau-2020-bakal-catat-sejarah-tersendiri/

