Instafamous didenda RM400

0
3

HANYA didenda RM400 gara-gara menunggang motosikal Yamaha RXZ tanpa mempamerkan nombor pendaftaran.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Dungun terhadap Instafamous bernama Afifie Laila Abdullah, 30, yang telah mengaku bersalah di hadapan Majistret Noradila Ab Latif.

Menurut laporan Kosmo, Afifie Laila didakwa menunggang motosikal yang tidak mempamerkan nombor pendaftaran hadapan pada jam 6.15 petang, 12 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM300 hingga RM3,000 jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Afifie Laila telah dikompaun RM300 oleh JPJ kerana tidak memakai topi keledar sewaktu menunggang motosikal Yamaha RXZ.

Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, kesalahan itu dikesan menerusi penyebaran video berdurasi 14 saat yang tular di media sosial pada baru-baru ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here