Punca sebenar kren gantri terjatuh masih dalam siasatan – CIDB

0
2

PUNCA sebenar insiden kren gantri terjatuh di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi Ulu-Klang Expressway (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras masih dalam siasatan.

Perkara itu dijelaskan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) bahawa siasatan turut dijalankan beberapa agensi penguat kuasa berkaitan termasuk Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut CIDB, pihaknya menyiasat insiden berkenaan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (Akta 520).

“Di bawah Akta 520, kontraktor yang didapati gagal memenuhi tanggungjawab untuk memastikan keselamatan semasa atau selepas pembinaan, dan menyebabkan kematian, mereka boleh didenda tidak lebih dari RM500,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya sekali,” kata kenyataan itu, hari ini.

Isnin lalu, komponen besi kren terjatuh di tapak pembinaan SUKE menyebabkan tiga orang terkorban.

Ini merupakan kejadian kali ketiga berlaku di tapak pembinaan lebuh raya berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here