Turun berbanding semalam, 1268 jangkitan harian Covid-19

0
3
dr. hisham

JANGKITAN harian Covid-19 mencatatkan penurunan berbanding semalam kepada 1,268 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal mencatatkan jangkitan harian tertinggi, 490 kes baru, Sarawak 141 kes, Sabah (45), Johor (135), Kuala Lumpur (53), Negeri Sembilan (59), Pulau Pinang (99).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 14,637 kes aktif dengan 73 daripada 161 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes baharu itu, katanya, lima kes import dan baki 1,263 kes ialah penularan tempatan, yang terdiri daripada 946 warganegara dan 317 warga asing.

Dr. Noor Hisham berkata, dua kematian itu dilaporkan di Selangor membabitkan warganegara berusia 43 hingga 77 tahun, mempunyai latar belakang penyakit seperti buah pinggang kronik, dan darah tinggi. 

Setakat ini  320,925 kes pulih daripada keseluruhan 336,808 jangkitan Covid-19 dengan 1,246 kematian direkodkan -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here