Guru, murid positif Covid-19, sekolah di Ketereh ditutup

0
2

SEBUAH sekolah di Ketereh, Kelantan ditutup bermula hari ini  selepas dipercayai berlaku penularan wabak Covid-19 di sekolah berkenaan membabitkan guru dan murid. 

Difahamkan, 11 guru dan seorang murid di sekolah terbabit disahkan positif Covid-19 dan penularan itu dipercayai berpunca daripada seorang guru yang menghadiri majlis perkahwinan sebelum menjangkiti guru lain serta murid.

Laporan Berita Harian yang memetik sumber berkata, kes berkenaan mula dikesan semalam selepas guru berkenaan menjalani ujian calitan, sebelum pihak terbabit mengambil keputusan untuk menutup sekolah berkenaan.

“Penutupan itu dibuat selepas mendapat arahan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pusat Kesihatan Daerah.

“Bagaimanapun sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) hari ini dan esok berjalan seperti biasa sebelum cuti pertengahan penggal bermula Jumaat ini sehingga 3 April depan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin, ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan.

Beliau berkata, kes berkenaan berkemungkinan berpunca daripada aktiviti majlis perkahwinan. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here