Sharafudin Abdul Rahim
PERHIMPUNAN Agung Umno (PAU) 2020 bakal mencatat sejarah tersendiri kerana buat kali pertama diadakan secara kombinasi iaitu bersemuka dan maya.
Mesyuarat secara bersemuka akan berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC dan secara maya di 190 Umno bahagian di seluruh negara.
Pada 27 Mac, Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan di Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC.
Pada 28 Mac, upacara menaikkan bendera di Plaza Merdeka akan disempurnakan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, disusuli Ucapan Dasar Presiden bagi upacara perasmian.
Menjelang tiga hari lagi bermulanya PAU 2020, petugas kini giat membuat persiapan bagi memastikan perhimpunan berjalan lancar. – Malaysiapost











