Mujurlah tak kena gigit…

0
2

MUJUR umur masih panjang, itulah yang terjadi kepada seorang pelancong apabila terselamat daripada digigit haiwan paling berbahaya di dunia.

Pengguna TikTok, @Kaylinmarie21 mengakui terkejut selepas mengetahui bahawa sotong kurita bersaiz kecil yang dipegangnya untuk bergambar dikenal pasti antara haiwan berbahaya.

Dia berkongsi video memegang sotong kurita bersaiz lebih kecil daripada tapak tangan dengan badan coklat dan lingkaran hitam ketika berada di Bali, Indonesia, lapor Portal Mirror.

Selepas bergambar dengan haiwan itu, dia membuat carian dalam talian dan terkejut apabila mengetahui sotong kurita itu mampu membunuh 26 manusia dengan bisanya.

Lebih menakutkan, orang ramai mungkin sama sekali tidak menyedari kurita itu mampu menggigit mereka hingga mati.

Berkongsi maklumat dalam talian – ‘Kurita cincin biru, walaupun bersaiz kecil tetapi bisanya mampu membunuh 26 manusia dewasa dalam beberapa minit’.

“Walaupun gigitan kecil dan tidak menyakitkan tetapi ramai mangsa tidak menyedari mereka boleh sesak nafas dan lumpuh, tidak ada penawar bagi bisanya,” katanya.

Katanya, menerusi cariannya di Ocean Conservancy mengatakan, racun haiwan itu mampu menyekat isyarat saraf ke seluruh badan hingga menyebabkan kebas otot.

“Gejala lain termasuk loya, kehilangan penglihatan dan deria serta keupayaan motor.

“Pada akhirnya, itu akan menyebabkan kelumpuhan otot termasuk yang diperlukan manusia untuk bernafas menyebabkan saluran nafas tersekat,” katanya.

Video di TikTok itu ditonton lebih 2.6 juta kali sebagai pengetahuan kepada orang ramai. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here