JIKA minggu lalu perkhabaran mengenai perkahwinan Noor Nabila bersama Engku Emran menjadi perbualan, kini tiba pula giliran adiknya, Neelofa yang dikatakan akan melangsungkan pernikahan dengan PU Riz hujung minggu ini.
Antara yang menjadi bualan netizen adalah pemilihan pasangan itu untuk majlis pernikahan mereka iaitu antara 25 hingga 27 Mac 2021.
Bagaimanapun, sehingga kini Neelofa mahupun PU Riz masih mengunci mulut berkenaan berita tersebut.
Lebih menguatkan spekulasi pernikahan mereka apabila menerusi perkongsian Instagram @lofa.page kelihatan PU Riz sedang memilih samping songket di sebuah kedai.
Kisah pasangan itu sebelum ini hangat diperkatakan apabila mengikat tali pertunangan, namun selepas itu timbul berita hubungan tersebut goyah.
Bagaimanapun, Neelofa menerusi kenyataan memberitahu segala apa yang berlaku telah diselesaikan dengan baik. – Malaysiapost
.
Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2020/12/27/hubungan-neelofa-pu-riz-bakal-terjawab-hari-ini/

