Kekanda Permaisuri Johor, MB terima darjah kebesaran

0
2

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi baginda, hari ini.

Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (DK II) kepada Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris Shah.

Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (DK II) kepada Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris Shah.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad pula dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), yang membawa gelaran Datuk.

Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang juga membawa gelaran Dato dikurniakan kepada Pegawai Daerah Johor Bahru, Dato Abdul Rahman Salleh; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Dato Asman Shah Abd Rahman dan Timbalan Mufti Johor, Dato Ahmad Faisal Mohamed.

Sementara itu, lima penerima dikurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ) iaitu Pegawai Daerah Kota Tinggi, Hazlina Jalil; Pegawai Daerah Kulai, Zainor Adani; Pengarah Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad; Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Shaharom Nor Azian Che Mat Din dan Kadi Besar Negeri Johor, Halid Sono. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here