Lebih 30,000 sudah lengkapkan dua dos suntikan vaksin Pfizer-BioNTech

0
3

SERAMAI 30,861 rakyat Malaysia sudah melengkapkan kedua-dua suntikan vaksin Pfizer-BioNTech dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) fasa pertama setakat semalam.

Secara kumulatif keseluruhan 452,919 individu sudah divaksin dengan 422,058 menerima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech atau vaksin Sinovac.

Data dan infografik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menunjukkan Selangor mencatatkan pemberian vaksin tertinggi iaitu 55,763 individu menerima dos pertama dan 1,017 dos kedua.

Di Perak (49,053 dos pertama, 2,363 dos kedua), Sabah (40,842 dos pertama, 1,067 dos kedua) dan Kuala Lumpur (36,616 dos pertama, 2,722 dos kedua).

Sarawak pula (35,913 dos pertama, 9,537 dos kedua), Pahang (30,320 dos pertama, 2,549 dos kedua), Johor (30,868 dos pertama, 2,609 dos kedua) dan Pulau Pinang (29,568 dos pertama, 721 dos kedua).

Kedah (26,287 dos pertama, 1,896, dos kedua), Kelantan (19,716 dos pertama, 1,876 dos kedua dan Terengganu (19,090 dos pertama, 442 dos pertama ).

Di Negeri Sembilan (17,884 dos pertama, 530 dos kedua), Melaka (10,727 dos pertama, 367 dos kedua), Perlis (9,526 dos pertama, 504 dos kedua), Putrajaya (4,605 dos pertama, 519 dos kedua) dan akhir sekali Labuan (2,343 dos pertama, 911 dos kedua).

PICK fasa pertama menyasarkan seramai kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan divaksin bermula hujung Februari lalu hingga April ini

Fasa kedua program berkenaan dijadualkan bermula April hingga Ogos depan, untuk 9.4 juta golongan warga dan golongan berisiko tinggi.

Bagi fasa ketiga, yang akan bermula pada Mei hingga Februari tahun depan kira-kira 13.7 juta lagi individu berusia 18 tahun ke atas, sama ada rakyat tempatan atau warga asing akan divaksin. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/21/10605-individu-lengkap-kedua-dua-suntikan-vaksin-covid-19/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here