Nurul Huda Abhar
SERAMAI 181 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu 93 individu dikompaun, 80 direman manakala lapan lagi dijamin.
Menurut beliau, kesalahan yang melibatkan aktiviti pusat hiburan merekodkan catatan tertinggi iaitu sebanyak 106.
“Ia diikuti tiada penjarakan fizikal (35), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (24), aktiviti perjudian (8), tidak memakai pelitup muka (5), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (2), dan premis beroperasi lebih masa (1).
“Operasi Benteng semalam menangkap 59 orang pendatang asing tanpa izin dan merampas empat bot/kapal serta lima buah kenderaan darat.
“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 39 bot/kapal di perairan negara melalui tujuh aktiviti penglihatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Malaysiapost
Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/03/17/kerajaan-umum-perincian-kompaun-ingkar-sop/

