Kes baharu Covid-19 menurun tiga hari berturut-turut

0
2
grafik

KES harian Covid-19 di Malaysia menunjukkan trend penurunan tiga hari berturut-turut apabila sebanyak 1,116 kes direkodkan hari ini berbanding 1,327 semalam dan kelmarin 1,671 kes.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan berkata, jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan kini adalah 334,156 kes.

Daripada jumlah kes baharu yang dicatatkan hari ini, sebanyak 1,108 adalah jangkitan tempatan manakala lapan lagi kes import.

Selangor masih mencatatkan jangkitan tertinggi mengikut negeri iaitu (403), diikuti Kuala Lumpur (158), Sarawak (124), dan Pulau Pinang (88).

Manakala, Johor (86), Kelantan (44), Pahang (42), Negeri Sembilan (41), Perak (39), Sabah (36), Kedah (27), Melaka (12), Labuan (8), Terengganu (3), Putrajaya (5), Perlis (0).

Dalam perkembangan sama, terdapat lima pertambahan kes kematian akibat Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 1,238.

Kes yang masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak (156) dan pesakit yang memerlukan bantuan alat pernafasan (60) kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here