Nurul Huda Abhar
PELAKON Ezzaty Abdullah mengalami kecederaan di bahagian kaki kirinya sehingga terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak.
Menurut Ezzaty, 31, walaupun keadaan kakinya sudah beransur sembuh namun dia masih tidak boleh sujud semasa menunaikan solat.
“Alhamdulillah lepas empat hari tak dapat sujud, hari ini dah boleh jejak tanah kaki walaupun masih perlukan tongkat.
“Mungkin sebab dapat jumpa keluarga terutama ibu dan bapa, semua dapat kebenaran polis rentas negeri untuk ziarah saya,” katanya menerusi hantaran di Instagram.
Sementara itu, isteri kepada pelakon Azwan Kombos itu juga memohon agar semua mendoakan kakinya cepat sembuh.
Jelas Ezzaty, kecederaan kakinya akibat terjatuh sehingga kaki terseliuh dan mengalami luka serta bengkak teruk
“Doakan saya cepat sembuh ye supaya dapat saya sujud semula. Tak puas duduk kat kerusi je,” ujarnya lagi. – Malaysiapost
Artikel berkaitan : https://malaysiapost.com.my/2021/03/21/amyra-rosli-nad-zainal-dilantik-duta-produk-mommyhana/

