Anwar jumpa SPRM esok

0
2

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki esok.

Anwar yang juga Presiden PKR memaklumkan mengenai pertemuan itu di laman Facebooknya hari ini. 

“Sekalung penghargaan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki kerana sedia bertemu saya pada hari Isnin ini pada jam 3 petang bertempat di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Saya percaya usaha membanteras rasuah dan salahguna kuasa serta kedudukan adalah isu serius dan memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk dari kalangan pembangkang dan masyarakat madani.

“Semoga usaha ini menjadi titik mula ke arah Malaysia yang lebih baik, Insya-Allah,” katanya. 

Pada 5 Mac lalu Pakatan Harapan (PH) mengecam tindakan menjadikan agensi kerajaan sebagai senjata politik bagi tujuan tambah sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) 

PH mendakwa tekanan dibuat menggunakan beberapa agensi termasuk SPRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan polis terhadap ahli parlimen pembangkang, pegawai serta ahli keluarga mereka. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here