
NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa tindakan disiplin akan dikenakan jika ahli dan pemimpin Umno didapati menjalinkan kerjasama dengan PKR dan DAP.
Beliau berkata, pimpinan tertinggi parti telah menetapkan pendirian tidak akan bekerjasama dengan dua parti berkenaan.
“Umno sudah buat keputusan dengan jelas dalam tiga, empat kali mesyuarat MT (Majlis Tertinggi) mengatakan ‘no PKR, no Anwar, no DAP. Keputusan itu tidak akan berubah sampai sekarang.
“Jadi, kalau kata kita nak berbincang dengan PKR…tidak ada dan kalau ada yang berbincang itu dianggap melanggar keputusan MT, tak boleh!,” katanya dalam sidang media lawatan kerja ke Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja RAMD (Para), Kem Seri Pantai, Seberang Takir, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan akan menjalinkan kerjasama dengan Umno.
Katanya, kerjasama terbabit disokong beberapa pemimpin dan Ahli Parlimen daripada Umno. -Malaysiapost
