Umno Ketereh mahu kekal muafakat sesama parti Melayu

0
3

UMNO Ketereh menyatakan pendirian akan terus mengekalkan muafakat sesama parti parti politik Melayu dan mengukuhkan lagi perpaduan ummah. 

Pendirian itu dinyatakan Ketua Umno bahagiannya, Tan Sri Annuar Musa melalui surat kepada Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Khamis lalu. 

Beliau turut memuatnaik surat berkenaan di laman Facebooknya hari ini. 

Terdapat empat pendirian Umno Ketereh yang disenaraikan iaitu terus menyokong kerajaan gabungan Perikatan Nasional (PN) – BN – GPS (Sarawak) – GRS (Sabah). 

Ketetapan lain adalah mengesyorkan BN dan PN segera memulakan rundingan kerusi dan segera melantik seorang Timbalan Perdana Menteri dalam kalangan pemimpin BN. 

Pendirian terakhir adalah terus fokus dan menberu keutamaan kepada agenda kestabilan politik, memerangi Covid-19, membela rakyat serta memilih kan ekonomi negara. 

Sementara itu Berita Harian melaporkan, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh mendakwa hanya Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri saja yang akan menjadi jurucakap pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 pada 27 dan 28 Mac ini. 

Menurutnya, jurucakap negeri yang dipilih sebelum ini untuk berucap pada perhimpunan agung itu, ditukar dan arahan mengenainya sudah diedar ke setiap negeri. 

“Sebelum ini, setiap negeri menetapkan jurucakap masing-masing. Sebagai contoh di Kelantan kita memilih Ketua Umno Bahagian Bachok untuk jadi jurucakap. 

“Namun secara tiba-tiba saya dengar banyak (jurucakap) kena tukar sedangkan ia dipilih secara rasmi dalam mesyuarat,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-37 Cawangan Ketereh ke-37 di Kota Bharu, hari ini. 

Annuar berkata jika perkara itu berlaku, ia sangat luar biasa kerana tidak pernah dalam sejarah peraturan seperti itu ditetapkan dalam perhimpunan agungnya. 

“Saya cadangkan jangan teruskan begitu sebab usul ucapan presiden dibawa biro politik dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT), bukannya dari mana-mana bahagian. 

“Apabila usul yang berucap adalah presiden parti dan dibahaskan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri yang juga ahli biro politik, perhimpunan itu sendiri terjejas dan akan bertukar menjadi Mesyuarat Biro Politik,” katanya. 

Beliau berkata, dalam perhimpunan agung parti, semua pihak perlu berjiwa besar untuk menerima suara akar umbi dengan memberi kebebasan untuk perwakilan bersuara. 

“Jika parti dilihat tidak ada lagi kebebasan bersuara dan hanya kelompok tertentu dibenarkan bersuara, maka ia tidak sesuai kerana yang sepatutnya usul dibahaskan perwakilan. 

“Tindakan ini juga meletakkan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri dalam keadaan serba salah sebab presiden akan membuat ucapan dan Pengerusi Perhubungan dilantik presiden parti. 

“Bolehkah mereka menegur presiden parti nanti. Maka, macam saya nanti, boleh digugurkan. Ini pandangan saya sebagai orang lama dan pendekatan itu tidak wajar menafikan hak perwakilan,” katanya. 

Annuar berkata, beliau dijemput menghadiri perhimpunan agung parti namun tidak berpeluang berucap kerana tidak lagi menjadi ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT). – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here