Timbalan Pengarah JPJ Perlis direman kes rasuah

0
2

TIMBALAN Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima suapan dan melindungi pemandu lori. 
Suspek berusia 41 tahun itu dipercayai menerima rasuah berjumlah RM88,000 daripada pengusaha lori melalui proksi atau orang tengah pada 2018 dan 2019 di Perlis.  
Memetik laporan Berita Harian, berdasarkan sumber, suspek ditahan susulan tangkapan tiga pembantu penguatkuasa JPJ pada Selasa dan semalam. 
“Suspek ditahan sehingga esok bagi membantu siasatan menerima rasuah daripada proksi sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pemandu lori yang melanggar undang-undang. 
“Suspek dipercayai menerima suapan dianggarkan sebanyak RM5,000 setiap bulan berdasarkan transaksi proksi berkenaan yang bermula dari tahun 2018 dan 2019. 
“Perintah reman selama dua hari itu dikeluarkan Majistret Kamaliza Md Zain di Mahkamah Kangar, selepas suspek dibawa ke mahkamah itu pagi ini,” katanya.  
Terdahulu, suspek ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis di Kangar pada jam 4.40 petang semalam menerusi Op Sukat SPRM selepas dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan. 
Sehingga kini, lima individu termasuk seorang orang awam ditahan bagi membantu siasatan berkenaan kes berkenaan di Perlis. 
Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Suzeliyana Hashim mengesahkan penahanan suspek berkenaan. – Malaysiapost 
.Artikel berkaitan:https://malaysiapost.com.my/2021/03/19/rasuah-seorang-lagi-penguat-kuasa-jpj-perlis-direman/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here